Rata-rata semua tahu air putih (panggilan lain: air kosong, air jarang) sangat baik untuk kesihatan tubuh badan kita. Sekitar 80% tubuh manusia terdiri dari air. Otak & darah ~ dua organ penting yang memiliki kadar air yang paling tinggi. Air bukan sekadar menghilangkan dahaga tetapi banyak mamfaat lain yang kita boleh perolehi daripadanya. Antaranya ialah :

  • Melancarkan sistem pencernaan.
  • Menurunkan berat badan.
  • Memperbaiki sel-sel yang rosak.
  • Membantu mengurangkan stress & rasa cemas.
  • Penawar segala penyakit.

Kita digalakkan minum air sebanyak 2 liter atau 8 gelas sehari. Untuk mengetahui secara tepat berapakah jumlah air yang patut kita minum dalam sehari, dibawah adalah formulanya:

Kesimpulannya, jika anda mempunyai berat 55 kg ~ jumlah air yang perlu anda minum ialah 2.3 Liter air sehari. Honestly, dulu saya memang seorang yang sangat susah minum air kosong sampai kulit kering & tak lawas sebab maksimum 1 hari = 3 gelas je! Nak tahu tak apa yang memotivasikan saya minum air lebih banyak? Semestinya tumbler/bottle yang cute~mute macam pic kat bawah nie. Bila minum air putih, rasa macam sedap je :-). Make sure BPA free & tukar every 6 months.
Currently, saya ada 7 botol dalam simpanan. Yang lain dah buang ~ coz dah expired /rosak/calar.
About these ads